menu
rolexlogo
rolex-plague-logo
Menu
Datejust-v7-rolex-datejust-m126234-0051_2210jva_001_portrait

Rolex Datejust

Tarikh yang terpahat

Satu sejarah penting tercipta dalam pembuatan jam kerana Oyster Perpetual Datejust ialah jam tangan kronometer kalis air automatik pertama yang memaparkan tarikh dalam tetingkap pada pukul 3 pada permukaan. Angka ini ialah peringatan bahawa 24 jam membentuk satu hari, malah turut menandakan tarikh yang terpahat.

"Ini ialah mahakarya sains horologi. Malah, merupakan hasil bagi segala yang telah dicapai hingga hari ini."

Hans Wilsdorf, 1945

Sejak dicipta, jam ini terus berkembang, menawarkan pelbagai kemungkinan estetika serta merangkumi kepakaran Rolex.

Datejust-v7-rolex-datejust-m126234-0027_2107jva_001-m126234-0015_1901ac_009_portrait

Melambangkan pengetahuan Rolex

Garapan sempurna jam tangan Rolex klasik, Datejust, yang dilancarkan pada 1945, mempamerkan segala pencapaian utama yang dibangunkan setakat detik itu oleh jenama ini. Ciptaan ini menyahut usaha meraih kecemerlangan oleh pengasas Rolex, Hans Wilsdorf, yang percaya bahawa kemajuan pembuatan jam tangan harus menggalakkan kemajuan manusia. Dalam era yang penuh dengan perubahan ini, hubungan manusia dengan masa telah berubah. Kehidupan moden bergerak mengikut rentak hari-hari yang berlalu dan kurang berkaitan dengan perubahan musim. Datejust menawarkan keselesaan yang dipertingkatkan dari segi kebolehbacaan dan pengurusan masa harian.

Kanta Siklops
Pembacaan Optimum

Dicipta untuk meningkatkan keterbacaan tarikh, kanta Siklops melambangkan nilai estetika dan juga teknikal jenama ini. Ciptaan Rolex ini telah dipatenkan pada awal 1950-an dan ditampilkan buat kali pertama pada tahun 1953 pada Datejust. Kesan pembesaran oleh kanta ini menjadikan tarikh lebih mudah dibaca. Pada mulanya diperbuat daripada plexiglass, kemudian kanta ini dibuat daripada nilam sejak tahun 1970-an, sama seperti kristal jam tangan.

Datejust-v7-rolex-datejust-m126300-0001_2301es_001_xl_portrait-2

Rantai Jubilee
Selesa dan anggun

Sempena sambutan ulang tahun ke-40 Rolex pada tahun 1945, rantai Jubilee direka khas untuk Datejust. Rantai logam dengan lima elemen mata rantai yang lanjar dan selesa ini menjadi identiti Datejust yang penting serta meningkatkan keanggunan model yang abadi. Datejust juga tersedia dengan rantai Oyster atau rantai President pada versi logam berharga.

Datejust-v7-rolex-datejust-m278381rbr-0032_2203uf_006_portrait-2

Ikon pembuatan jam tangan yang sentiasa dikemas kini

Datejust sentiasa diberikan wajah baharu. Garapan yang pelbagai menyatakan dan mempamerkan kepakaran Rolex dalam membuat permukaan jam. Penampilan bezel yang licin, berkubah, berjejalur atau bertatahkan berlian menyemarakkan era Datejust yang bergaya serta secocok dengan keperibadian si pemakai.

Datejust-v7-m126331-0009_2001jva_001_portrait-2

Meraikan tarikh yang terpahat

Datejust secara semula jadi menjadi jam tangan bagi tarikh kita yang terpahat. Hari demi hari, permukaan jam menandakan titik pertemuan antara perjalanan peribadi setiap pemakai dengan masa yang berlalu. Dipakai oleh tokoh besar seperti Winston Churchill, Dwight D. Eisenhower dan Martin Luther King, Datejust telah lama bertahan tanpa kehilangan sentuhan moden.


Antara Testimoni Rolex yang dikaitkan dengan Datejust, kami meraikan legenda tenis Switzerland Roger Federer, pemain tenis Poland Iga Świątek, pemain ski Switzerland Lara Gut-Behrami dan penyanyi Kanada Michael Bublé.

rolex crown
arrowKembali ke atas