Penyenggaraan dan pembaikan jam tangan Rolex di The Hour Glass
Jam tangan Rolex direka dan dibina untuk bertahan.
Daripada konsepsi jam tangan Rolex hingga waktu meninggalkan bengkel, setiap langkah pembangunan dan pembuatan mengikut satu syarat kritikal: kualiti. Hasilnya, tidak ada had tentang tempoh jam tangan Rolex boleh terus berfungsi, diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya dan untuk beberapa kehidupan.
Benarkan pakar membimbing anda
Selang beberapa tahun selepas setiap penyenggaraan, jam tangan anda harus diberikan perhatian yang menyeluruh. Sebagai Pusat Perkhidmatan Berdaftar Rolex, [Retailer name] komited untuk menawarkan perkhidmatan selepas jualan kelas pertama kepada anda. Dengan adanya standard tertinggi dan kepakaran pembuat jam tangan kami, jam tangan Rolex anda boleh terus melaksanakan fungsi mengikut perubahan masa dengan kebolehpercayaan yang cemerlang dan keindahan yang luar biasa.
Menyenggara Rolex anda di The Hour Glass
The Hour Glass berbangga kerana menjadi sebahagian daripada rangkaian pembuat jam tangan terlatih Rolex di seluruh dunia, yang dipilih secara teliti kerana profesionalisme dan kepakaran yang unggul. Kami mengikuti Prosedur Penyenggaraan Rolex yang direka untuk memastikan setiap jam tangan yang keluar dari bengkel Rolex mematuhi spesifikasi fungsian dan estetika asalnya.
Prosedur Penyenggaraan Rolex
Prosedur Penyenggaraan Rolex direka untuk memastikan setiap jam tangan yang keluar dari bengkel Rolex mematuhi spesifikasi fungsian dan estetika asalnya. Setiap gerakan dibaik pulih secara menyeluruh dan setiap penutup serta rantai diperbaharu dengan rapi untuk mengembalikan kilauannya. Ketepatan dan kekalisan air jam tangan diuji dengan teliti bagi menjamin tahap kualiti dan keutuhan yang seharusnya ada pada jam tangan Rolex anda.
Jaminan Perkhidmatan dua tahun
Selepas penyenggaraan selesai, Rolex anda dilindungi oleh Jaminan Perkhidmatan selama dua tahun. Jaminan ini tidak termasuk apa-apa kerosakan atau kemerosotan yang disebabkan oleh kemalangan atau pengendalian jam tangan yang salah. Sebarang campur tangan oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan oleh Rolex atau penambahan mana-mana bahagian atau aksesori yang tidak dikeluarkan oleh Rolex akan membatalkan Jaminan Perkhidmatan.