menu
rolexlogo
rolex-plague-logo
Menu
Rolex Datejust 41 in Oystersteel, M126300-0005 | The Hour Glass

Rolex
Datejust 41
Oyster, 41 mm, Oystersteel
M126300-0005

Ketersediaan Model
rolex-Datejust-in-Oystersteel,-M126300-0005 | The Hour Glass
Rujukan
126300
bentuk model
Oyster, 41 mm, Oystersteel
Kalis Air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
bezel
Licin
dail
Putih
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
kaliber
3235, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)

Permukaan putih

Lakuer menyatukan kebebasan warna yang hampir tidak terbatas dengan keamatan dan kemasan yang halus. Teknik penyampangan melibatkan kerja menyadur enam lapisan lakuer yang nipis secara berturut-turut pada plat asas loyang. Varnis tanpa warna kemudiannya disapu untuk membangkitkan kedalaman dan kilauan warna. Setelah varnis kering, bahagian atas permukaan digilap untuk menyerlahkan warna; permukaan kemudiannya sedia untuk proses percetakan pad dan tampal hias.

-Imported from https://www.thehourglass.com/wp-content/uploads/2016/12/Rolex-3255-Calibre.jpg

Oystersteel

Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting. Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.

-Imported from https://www.thehourglass.com/wp-content/uploads/2016/12/Rolex-Parachrom-oscillator.jpg

Rantai Oyster

Rantai Oyster ialah keajaiban bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi yang sempurna, yang direka untuk menjadi teguh dan selesa. Ia dilengkapi dengan Oysterclasp dan pautan sambungan keselesaan Easylink yang juga eksklusif untuk Rolex. Sistem yang bijak ini membolehkan pemakai memanjangkan lagi panjang rantai sehingga kira-kira 5 mm agar dapat memberikan keselesaan tambahan dalam apa jua keadaan.

-Imported from http://www.thehourglass.com/wp-content/uploads/sites/15/2018/06/PP2.jpg

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini. Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan. The Hour Glass berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
rolex-model-availability
Hubungi Kami
-world-of-rolex-cover-lemans19js_1338_r-portrait
Hantar mesej
Sila masukkan mesej anda
Terima kasih kerana minat anda dalam jam tangan Rolex. Sila masukkan mesej anda dan kami akan membalas anda tidak lama lagi.
image
Rolex Datejust
Tarikh yang terpahat
Ketahui Lebih Lanjut
rolex crown
arrowKembali ke atas