RolexDay-Date 40Oyster, 40 mm, emas Everose dan berlianM228345RBR-0016
Permukaan eisenkiesel
Permukaan ini mempunyai 10 berlian potongan baguette. Oyster Perpetual Day-Date 40 dipersembahkan dengan permukaan yang diperbuat daripada eisenkiesel, batu hiasan berwarna perang tua yang digunakan oleh jenama itu buat kali pertama pada tahun 2021. Eisenkiesel ialah besi oksida, kuarza berurat halus. Cakera batu yang akan digunakan untuk membuat permukaan dipotong daripada bongkah bahan mentah. Hanya batuan dengan warna dan struktur yang benar-benar memenuhi syarat estetik jenama yang akan dipilih. Batuan ini akan menghiasi permukaan jam tangan Rolex, lantas menerapkan personaliti yang unik.
Bezel bertatahkan berlian
Penatah permata secara halus mengukir logam berharga dengan tangan agar setiap batu permata terbenam dengan sempurna. Dengan seni dan kraf seorang pembuat barang kemas, batu itu diletakkan dengan cermat sejajar dengan batu yang lain, kemudian diletakkan semula berhati-hati dalam tatahan emas atau platinum. Selain kualiti batu-batu itu sendiri, beberapa kriteria lain juga turut menyumbang kepada keindahan penetapan permata Rolex: penjajaran ketinggian permata yang tepat, orientasi dan kedudukan, ketetapan, kekuatan dan pembahagian penetapan serta kemasan yang rumit pada kerja logam. Satu simfoni kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si pemakai.
Emas Everose 18 karat
Untuk memelihara keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan aloi emas merah jambu 18 karat yang dihasilkan di faundri sendiri: Emas Everose. Diperkenalkan pada tahun 2005, emas Everose 18 karat digunakan di semua model Rolex Oyster dalam emas merah jambu.