

RolexOyster Perpetual 31Oyster, 31 mm, OystersteelM277200-0010



Permukaan biru firus
Dinamakan ‘Perayaan’, motif serba baharu ini boleh didapati untuk Oyster Perpetual 31, Oyster Perpetual 36 dan Oyster Perpetual 41. Terdiri daripada gelembung beraneka saiz dengan tepi berwarna hitam, tataan ini menyelubungi warna terang pada permukaan berlakuer yang diperkenalkan pada tahun 2020, menjadikan biru firus sebagai warna latar belakang, manakala merah jambu kandi, kuning, merah karang dan hijau untuk warna gelembung.


Oystersteel
Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting. Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.


Rantai Oyster
Rantai Oyster ialah gabungan sempurna dari segi bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi. Kali pertama diperkenalkan pada hujung tahun 1930-an, rantai logam yang sangat teguh dan selesa dengan pautan tiga keping yang rata dan lebar ini kekal menjadi rantai yang paling universal dalam koleksi Oyster. Untuk model Oyster Perpetual, rantai Oyster dilengkapi dengan Oysterclasp.


Ketersediaan Model



