menu
rolexlogo
rolex-plague-logo
Menu
Cosmograph Daytona v7-rolex-cosmograph-daytona-cover-m126509-0001_2402jva_001_portrait

Rolex Cosmograph Daytona

Ketahanan yang unggul

Dilancarkan pada tahun 1963, status Cosmograph Daytona telah lama utuh dalam dunia pembuatan jam untuk menjadi satu ikon. Nama model ini yang berkait rapat dengan litar terkenal di Pantai Daytona, Florida, melambangkan hubungan antara Rolex dengan sukan permotoran, khususnya perlumbaan ketahanan terhebat di dunia. Status legenda ini lahir daripada permukaan yang boleh dikenali serta-merta dengan bulatan yang tampak kontras. Disempurnakan dan dipertingkatkan secara berterusan selama bertahun-tahun, Cosmograph Daytona ialah pendamping yang boleh dipercayai dan tepat bagi insan yang memilih haluan mereka sendiri

Cosmograph Daytona ialah lambang kepakaran Rolex dan menonjol kerana ketepatan kronometri serta kebolehpercayaan yang tiada tandingan.

Cosmograph Daytona v7-ro06851

Reka bentuk legenda

Bezel, trek minit dan tiga pembilang: ciri ikonografi lima bulatan ini ialah lambang bagi Cosmograph Daytona. Dari masa ke masa, reka bentuk permukaan, kombinasi warna dan seni bina penutup telah diolah semula secara berkala bagi menyerlahkan lagi keanggunan model ini.


Bahagian penting yang menjadi identiti Cosmograph Daytona, iaitu skala takimetri terletak pada bezel jam tangan. Skala ini membolehkan kelajuan purata hingga 400 kilometer atau batu sejam ditentukan melalui jarum detik tengah.

Cosmograph Daytona v7-rolex-cosmograph-daytona-movt4131_2301uf_001_portrait

Kaliber 4131: Gerakan kronograf paling superlatif

Cosmograph Daytona dilengkapi dengan kaliber 4131. Gerakan kronograf ini yang dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex ialah satu evolusi kaliber 4130. Dilancarkan pada tahun 2023, kaliber ini menggabungkan beberapa inovasi utama Rolex pada gerakan, termasuk bolosan Chronergy, penyerap kejutan Paraflex dan galas bebola yang dioptimumkan.

Cosmograph Daytona v7-rolex-cosmograph-daytona-m126506-0001_2301ac_003_portrait

Berkaliber ini menampilkan berat berayun yang dipotong dan, di atas jambatan, hiasan Rolex Côtes de Genève yang eksklusif – sentuhan baharu kemasan ikonik dalam pembuatan jam tradisional Switzerland.


Pada versi platinum 950 yang boleh dikenali dengan permukaan biru ais, pemberat berayun diperbuat daripada emas kuning dan boleh dilihat oleh pemakai menerusi penutup belakang lut sinar yang diperbuat daripada nilam.

Cosmograph Daytona v7-rolex-cosmograph-daytona-m126518ln-0012_2301ac_003_portrait

Rantai Oysterflex: Keselesaan menyeluruh

Cosmograph Daytona versi emas 18 karat dengan bezel Cerachrom boleh didapati dengan rantai Oysterflex. Dibangunkan oleh Rolex dan dipatenkan, rantai ini secara unik menggabungkan keteguhan rantai logam dengan keselesaan rantai elastomer. Dilengkapi dengan pengancing keselamatan Oysterlock yang mengelak daripada terbuka, panjang rantai boleh dilaraskan melalui sistem sambungan Glidelock Rolex yang bijak.

Cosmograph Daytona v7-rolex-2-5
Cosmograph Daytona v7-rolex-cosmograph-daytona-m126506-0001_2301_fb_004_portrait

Lain daripada yang lain

Sejak dilancarkan, Cosmograph Daytona telah menjadi jam tangan pilihan bagi penggemar sukan permotoran. Sepertimana Paul Newman, pelakon legenda, pemandu lumba berpengalaman dan usahawan sosial perintis, Sir Jackie Stewart, tokoh utama Formula 1® dan salah seorang pemandu yang paling gah sepanjang 50 tahun yang lalu, Tom Kristensen, pemandu perlumbaan Denmark yang mencipta 9 rekod perlumbaan 24 Jam di Le Mans, dan Jamie Chadwick, pemandu muda Britain yang menjadi rujukan baharu wanita untuk kereta lumba kerusi tunggal, ramai yang telah memakai kronograf ini dalam kehidupan seharian mereka di luar litar lumba.

rolex crown
arrowKembali ke atas
1999 - 2024 © The Hour Glass Limited. All Rights Reserved.
FacebookInstagramLinkedInYoutube