menu
logo
rolex-plague-logo
Menu
Rolex Sky-Dweller in Rolesor Kuning - kombinasi Oystersteel dan emas kuning, M336933-0004 | The Hour Glass

Rolex
Sky-Dweller
Oyster, 42 mm, Oystersteel dan emas kuning
M336933-0004

Ketersediaan Model
rolex-Sky-Dweller-in-Rolesor Kuning - kombinasi Oystersteel dan emas kuning,-M336933-0004 | The Hour Glass
Rujukan
336933
bentuk model
Oyster, 42 mm, Oystersteel dan emas kuning
Kalis Air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
bezel
Ring Command Rolex berjejalur, boleh putar dwiarah
dail
Hitam terang
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik, dua zon masa, kalendar tahunan
kaliber
9002, buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 72 jam
persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)

Permukaan hitam terang

Segi tiga merah terbalik yang tetap pada permukaan menunjuk ke masa rujukan yang dipilih – masa di rumah atau di tempat kerja biasa pengembara – di atas cakera 24 jam di luar pusat. Sekilas pandang, paparan 24 jam ini jelas membezakan jam waktu siang dengan jam waktu malam dalam zon masa yang lain. Permukaan itu kini mempunyai penanda jam indeks segi empat tepat dan jarum yang lebih panjang, serta paparan Chromalight dengan pendarkilau yang tahan lama untuk meningkatkan keterbacaan. Satu segi empat tepat yang dalam berwarna merah pada satu daripada 12 tetingkap di sekitar permukaan menunjukkan bulan semasa dan ini merupakan satu ciri kalendar tahunan Saros yang menyerlah. Mekanisme cerdas ini memudahkan kehidupan pemakai jam tangan yang tidak lagi perlu memikirkan untuk melakukan pelarasan tarikh pada hujung bulan 30 hari. Kalendar tahunan memaparkan tarikh yang betul sepanjang tahun. Hanya satu pelarasan diperlukan – pada 1 Mac (Februari hanya mempunyai 28 atau 29 hari). Tarikh disambungkan ke masa tempatan dan berubah secara automatik mengikut zon masa tempatan pengembara.

-Imported from https://www.thehourglass.com/wp-content/uploads/2016/12/Rolex-3255-Calibre.jpg

Bezel Berjejalur

Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur menjadi tanda perbezaan, lazimnya disaluti emas. Sky-Dweller dilengkapi dengan mekanisme interaksi antara bezel boleh putar, putaran jam dan gerakan: sistem Ring Command yang membolehkan pemakai memilih serta menetapkan fungsi jam tangan satu demi satu dengan mudah, cepat dan selamat.

-Imported from https://www.thehourglass.com/wp-content/uploads/2016/12/Rolex-Parachrom-oscillator.jpg

Rolesor kuning

Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini sebati secara harmoni dengan sifat terbaik masing-masing. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster.

-Imported from http://www.thehourglass.com/wp-content/uploads/sites/15/2018/06/PP2.jpg

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini. Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan. The Hour Glass berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
rolex-model-availability
Hubungi Kami
-world-of-rolex-cover-lemans19js_1338_r-portrait
Hantar mesej
Sila masukkan mesej anda
Terima kasih kerana minat anda dalam jam tangan Rolex. Sila masukkan mesej anda dan kami akan membalas anda tidak lama lagi.
image
Rolex Sky-Dweller
Terbang tinggi
Ketahui Lebih Lanjut
rolex crown
arrowKembali ke atas