menu
rolexlogo
rolex-plague-logo
Menu
Rolex Yacht-Master 42 in emas putih 18 karat, M226659-0002 | The Hour Glass

Rolex
Yacht-Master 42
Oyster, 42 mm, emas putih
M226659-0002

Ketersediaan Model
rolex-Yacht-Master-in-emas putih 18 karat,-M226659-0002 | The Hour Glass
Rujukan
226659
bentuk model
Oyster, 42 mm, emas putih
Kalis Air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
bezel
Dwiarah boleh gilir senggatan 60 minit bezel dengan sisipan Cerachrom hitam kusam dalam seramik, angka roman yang timbul dan senggatan digilap
dail
Hitam
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
kaliber
3235, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)

Rantai Oysterflex

Rantai Oysterflex Yacht-Master baharu, dibangunkan oleh Rolex dan dipatenkan, menawarkan gaya alternatif untuk rantai logam. Rantai ini melekat pada penutup jam tangan manakala pengancing keselamatan Oysterlock menggunakan bilah titanium dan aloi nikel yang mudah lentur. Bilah ini disepadukan dengan elastomer hitam berprestasi tinggi yang sangat tahan terhadap kesan alam sekitar, sangat tahan lama dan bersifat lengai bagi pemakai jam tangan. Untuk meningkatkan keselesaan, bahagian dalam rantai Oysterflex dilengkapi dengan sistem kusyen membujur yang dipatenkan yang menstabilkan jam tangan pada pergelangan tangan dan dipasang dengan pengancing keselamatan Oysterlock emas putih 18 karat. Rantai ini juga bercirikan sistem sambungan Glidelock Rolex yang direka oleh Rolex dan dipatenkan. Mekanisme bergigi inventif yang disepadukan di bawah pengancing ini membolehkan pelarasan halus bagi panjang rantai sebanyak kira-kira 15 mm dengan peningkatan sekitar 2.5 mm tanpa menggunakan alatan.

-Imported from https://www.thehourglass.com/wp-content/uploads/2016/12/Rolex-3255-Calibre.jpg

Emas putih 18 karat

Dengan mengendalikan faundri eksklusif sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut perkadaran perak, tembaga, platinum atau paladium yang ditambahkan, pelbagai jenis emas 18 karat boleh diperolehi: kuning, merah jambu atau putih. Emas 18 karat ini diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih sebelum emas dihasilkan dan dibentuk dengan perhatian sama yang cermat dan teliti terhadap kualiti. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula daripada sumbernya.

-Imported from https://www.thehourglass.com/wp-content/uploads/2016/12/Rolex-Parachrom-oscillator.jpg

Bezel boleh putar dwiarah

Bezel boleh putar dwiarah bersenggat 60 minit Yacht-Master diperbuat sepenuhnya daripada logam berharga atau dipasang dengan sisipan Cerachrom dalam seramik berteknologi tinggi. Angka dan senggatan yang timbul dan digilap jelas menonjol dengan permukaan jam yang kusam dan berpasir. Bezel berfungsi ini – yang membolehkan pemakai mengira, sebagai contoh, masa pelayaran di antara dua boya – juga merupakan komponen penting dalam identiti visual khas model.

-Imported from http://www.thehourglass.com/wp-content/uploads/sites/15/2018/06/PP2.jpg

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini. Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan. The Hour Glass berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
rolex-model-availability
Hubungi Kami
-world-of-rolex-cover-lemans19js_1338_r-portrait
Hantar mesej
Sila masukkan mesej anda
Terima kasih kerana minat anda dalam jam tangan Rolex. Sila masukkan mesej anda dan kami akan membalas anda tidak lama lagi.
image
Rolex Yacht-Master
Karakter kelautan
Ketahui Lebih Lanjut
rolex crown
arrowKembali ke atas
1999 - 2024 © The Hour Glass Limited. All Rights Reserved.
FacebookInstagramLinkedInYoutube