menu
rolexlogo
rolex-plague-logo
Menu
Our History V7-store-image-the-hour-glass-2

Sejarah Rolex dan The Hour Glass

Melewati masa yang tidak menentu sekitar tahun 1950-an, sekumpulan individu yang berfikiran ke hadapan melakarkan asas bagi industri pembuatan jam dan peruncitan jam tangan lantas mendahului beberapa dekad ke hadapan. Di tempoh perubahan ini muncul perkongsian yang berkekalan antara The Hour Glass bersama Rolex.

Our History V7-checkerboard-rolex-ion-boutique-interior-mural-2

ASAL USUL PERKONGSIAN IKONIK

Pada tahun 1950, Borneo Company Ltd, sebuah syarikat asal Inggeris yang berpangkalan di London dipilih sebagai ejen tunggal Rolex buat wilayah British Malaya; di mana bertindak melantik peruncit tempatan di Singapura, Malaya dan Borneo dalam mewakili jenama Switzerland itu. Daripada peruncit asal yang dipilih, hanya legasi Encik Tay Thuan Khee yang berkekalan. Encik Tay, seorang imigran Cina yang menjejakkan kaki di tanah kota Singa dari Shantou, Guangdong mengasaskan Lee Chay & Co pada tahun 1946, dengan sebuah butik di North Bridge Road.


Setahun selepas pelantikan itu, Hans Wilsdorf, pengasas Rolex, membuat lawatan sulungnya ke tanah Timur yang memegang tujuan untuk bertemu bersama rakan kongsi baharunya. Kunjungan yang besar pengaruhnya ini mengesahkan jalinan yang menjadi pangkalan buat para pengumpul jam tangan.


Demikian, bermulalah tradisi keluarga selama tujuh dekad yang berkekalan sehingga ke saat ini bersama Dr Henry Tay dan Encik Michael Tay dari The Hour Glass.

Our History V7-old-north-bridge-road-singapore-1024x1024-1-2

MENGEKALKAN PERTALIAN MENERUSI PERSAHABATAN

“Selepas André Heiniger mengambil alih, dia berkunjung ke Singapura bersama isterinya Odette setiap tahun. Meminati sukan berkuda, dalam lawatan seterusnya, saya menganjurkan pertemuan bersama Eddie Barker yang merupakan Menteri Undang-undang pertama Singapura juga merangkap Pengerusi Turf Club Singapura. Menemaninya di kelab bagi menonton perlumbaan kuda, tiada satu pun daripada kuda yang kami sokong menang, namun sudah pasti kami semua meluangkan masa yang hebat pada malam itu.”


~Dr Henry Tay, Pengerusi Eksekutif, The Hour Glass


André Heiniger melawat Singapura pada tahun 1953 dan akhirnya mengambil alih tampuk Rolex sedekad kemudian.

Our History V7-picture10

PENGEMBANGAN KE SELURUH ASIA-PASIFIK

Sejak The Hour Glass ditubuhkan pada tahun 1979, Rolex merupakan rakan kongsi sejati di butik baharu The Hour Glass di pusat beli-belah Lucky Plaza di Orchard Road yang menjadi kemuncak pengalaman membeli-belah mewah di Singapura. Didorong oleh komuniti pengumpul jam tangan antarabangsa yang penuh bersemangat, The Hour Glass melihat potensinya ke luar Singapura dengan membuka butiknya di Plaza Imbi di Kuala Lumpur, Malaysia pada 1980. Kemudian, di Marina Mirage di Gold Coast, Australia pada 1988 serta Peninsula Plaza di Bangkok, Thailand pada 1994.


Pada tahun 2020, The Hour Glass telah dilantik sebagai peruncit sah dengan wujudnya pusat perkhidmatan Rolex rasmi di Auckland, New Zealand.

Our History V7-picture11

PERTALIAN PERKONGSIAN SELAMA TUJUH DEKAD

Pembukaan butik berprestij Rolex Sydney menandakan halaman baharu perkongsian strategik buat Rolex bersama The Hour Glass. Bertapak di dalam bangunan yang tersenarai sebagai bangunan warisan di persimpangan membeli-belah paling sibuk di Sydney, butik seluas 450 meter persegi ini ibarat permata buat The Hour Glass yang turut mencerminkan reputasi tertinggi mahkota Rolex. Butik Rolex ini merupakan bukti perkongsian yang teguh dan terus berkekalan, dibina oleh kedua-dua syarikat selama 70 tahun dalam mendukung pembuatan jam tangan dan kepakaran peruncitan jam tangan juga menandai hubungan yang lebih erat buat ruang masa yang bakal mendatang.

Our History V7-picture12

KOMITMEN BERSAMA UNTUK KECEMERLANGAN

Mendasari perkongsian yang telah lama terjalin ini adalah komitmen bersama dalam memperkasakan kecemerlangan. Dedikasi yang ditubuhkan oleh Dr Henry Tay ini diteruskan di The Hour Glass hari ini oleh Encik Michael Tay. Perkongsian kami berlanjutan dalam menghimpunkan pembuatan jam tangan Rolex yang terbaik, di bawah pimpinan Jean Frédéric Dufour, dengan kepakaran peruncitan jam tangan The Hour Glass.


“The Hour Glass dan Rolex berkongsi nilai dan kepercayaan yang sama. Komitmen bersama kami dalam memperkasakan budaya kecemerlangan dalam syarikat masing-masing membentukkan asas teras buat perkongsian yang telah dibangunkan bersama. Memandangkan kami telah berkembang sepanjang beberapa dekad, kami berasa rendah diri dengan cara hubungan ini yang terus berkembang lebih kuat serta lebih positif. Demikian, ia berfungsi bagi mengukuhkan misi bersama dalam mempertahankan reputasi serta kualiti seutas jam tangan Rolex yang tiada tandingan.”


~Encik Michael Tay, Pengarah Urusan, The Hour Glass

Our History V7-thg-rolex-sydney-dr-tay-mr-dufour-mr-m-tay-1-768x768-2-2

Di The Hour Glass, kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex sedunia, dan seterusnya memberikan jaminan bahawa setiap jam tangan Rolex yang dijual adalah tulen dan asli.


Di butik Rolex kami yang berdedikasi dan bilik pameran Rolex kami di seluruh Singapura, Australia, New Zealand, Malaysia dan Thailand; The Hour Glass menawarkan akses yang terhebat buat pengalaman pengembaraan Rolex di wilayah Asia Pasifik. Pasukan pakar jualan jam tangan kami yang berpengetahuan tinggi serta terlatih senantiasa bersedia untuk membantu anda bagi memilih jam tangan superlatif yang seterusnya.

Our History V7-picture13
rolex crown
arrowKembali ke atas
1999 - 2024 © The Hour Glass Limited. All Rights Reserved.
FacebookInstagramLinkedInYoutube