menu
rolexlogo
rolex-plague-logo
Menu
rolex-watchmaking-cover-portrait
Kecemerlangan sedang dicipta

PEMBUATAN JAM TANGAN ROLEX

Di sebalik falsafah dan aktiviti Rolex, terkandung satu visi jangka panjang. Konsep kemampanan sentiasa menyokong pembangunan jenama: menawarkan jam tangan yang abadi dan tahan lama yang dibina untuk bertahan, sambil memberikan komitmen kepada generasi akan datang melalui pelbagai perkongsian, inisiatif dan tindakan. Pendekatan ini mencerminkan falsafah “Perpetual” (Abadi) yang telah memacu syarikat sejak ditubuhkan dan telah mengumpulkan ramai tenaga mahir serta menuntut kerja keras, hari demi hari, tahun demi tahun. Satu usaha yang mencabar dan teliti. Usaha Rolex yang tanpa henti demi memburu kecemerlangan.

VISI ASAL HANS WILSDORF

Sejak tahun 1905, Rolex telah mengekalkan visi asal pengasas, Hans Wilsdorf, yang melihat jam tangan sebagai objek masa depan yang melambangkan era moden. Hans Wilsdorf merevolusikan dunia pembuatan jam dengan mengatasi tiga cabaran utama: menghasilkan gerakan kecil namun tepat, membangunkan penutup yang teguh dan kalis air untuk melindungi gerakan daripada faktor luaran, dan akhir sekali, memasang jam tangan dengan sistem putaran automatik yang akan lebih memudahkan pemakai pada setiap hari.
rolex-watchmaking-the-founding-vision-of-hans-wilsdorf
rolex-watchmaking-the-cardinal-values-of-the-rolex-manufacture

NILAI-NILAI UTAMA PENGELUAR ROLEX

Setiap jam tangan Rolex direka, dihasilkan dan diuji dengan sentiasa menitikberatkan segala perincian. Pendekatan ‘superlatif’ ini ditunjukkan melalui beberapa kualiti asas yang mencirikan setiap jam tangan Rolex: ketepatan, kekalisan air, autonomi, keteguhan, kesederhanaan, ketukangan, keselesaan dan ketahanan. Prinsip teknikal dan estetik utama ini sentiasa menjadi panduan Pengeluar Rolex. Mereka menjanjikan pengalaman jam tangan yang luar biasa kepada pemakai dengan ciri-ciri yang mempamerkan kepakaran yang unik. Manufacture. They promise the wearer the experience of an exceptional watch, whose features express unique expertise.

rolex-watchmaking-a-superlative-approach-to-watchmaking

PENDEKATAN SUPERLATIF DALAM PEMBUATAN JAM TANGAN

Pada permukaan jam tangan Rolex, terukir perkataan ‘Superlative’. Tanda ini mengesahkan bahawa setiap jam tangan yang meninggalkan bengkel Pengeluar telah melepasi siri ujian yang amat ketat yang dijalankan oleh Rolex di makmal sendiri, mengikut kriteria khusus yang tersendiri. Ujian ini bukan sahaja dijalankan terhadap kaliber, malah pada jam tangan yang siap dipasang dengan penutup demi menjamin prestasi superlatif pada pergelangan tangan dari segi ketepatan kronometri, kekalisan air, putaran automatik dan rizab kuasa. Manufacture’s workshops has passed a series of particularly demanding tests conducted by Rolex in its own laboratories, according to its own, very particular criteria. These tests not only apply to the calibre, but to the fully assembled watch after casing the movement, guaranteeing superlative performance on the wrist in terms of chronometric precision, waterproofness, self-winding and power reserve.

rolex-watchmaking-more-than-a-certification-a-state-of-mind

BUKAN SEKADAR PENSIJILAN, IA MELAMBANGKAN NILAI

Kesimpulannya, semua komponen jam tangan Rolex boleh digambarkan sebagai ‘superlatif’. Malah, setiap komponen wajib menjalani pemeriksaan yang berterusan dan ketat, daripada reka bentuk kepada pemasangan akhir. Oleh itu, istilah ‘superlatif’ tidak sekadar merujuk kepada pensijilan kronometri. Perkataan ini mengungkapkan nilai yang meresapi setiap jabatan dalam syarikat dan mendorong setiap individu yang bekerja di Rolex, tanpa mengira jawatan mereka.

rolex-watchmaking-innovation-in-motion

BERINOVASI DAN MENYEPADUKAN PENGETAHUAN

Prestasi unggul dicapai melalui usaha industri dan manusia yang berterusan berdasarkan penemuan dan perkara yang telah dipelajari di samping sentiasa menambah baik teknik, alatan dan ujian. Budaya inovasi sudah sebati dengan jenama ini. Hal ini terbukti dengan lebih 600 permohonan paten yang difailkan oleh Rolex sejak ditubuhkan.

rolex-watchmaking-integrating-all-areas-of-expertise

MENYEPADUKAN SEMUA BIDANG KEPAKARAN

By progressively integrating all areas of watchmaking expertise within its Manufacture, Rolex is able to impose its own rules and perpetuate its quest for excellence. The choice of autonomy has shaped the identity of a brand that lives at the crossroads of fine tradition and state-of-the-art technology. It translates in its four production sites, all located in Switzerland, bringing together more than 9,000 employees.

rolex-watchmaking-banner-01-scaled-1
rolex crown
arrowKembali ke atas