menu
rolexlogo
rolex-plague-logo
Menu
Rolex Day-Date 36 in Emas Everose 18 karat, M128235-0009 | The Hour Glass

Rolex
Day-Date 36
Oyster, 36 mm, emas Everose
M128235-0009

Ketersediaan Model
rolex-Day-Date-in-Emas Everose 18 karat,-M128235-0009 | The Hour Glass
Rujukan
128235
bentuk model
Oyster, 36 mm, emas Everose
Kalis Air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
bezel
Berjejalur
dail
Warna ros dipasangkan dengan berlian
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
kaliber
3255, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)

Permukaan warna ros

Permukaan ini mempunyai berlian dalam tetapan emas 18 karat dan berlian potongan baguette pada jam 6 dan 9. Kemasan sinaran cahaya matahari menghasilkan pantulan cahaya yang halus pada kebanyakan permukaan dalam koleksi Oyster Perpetual. Kemasan ini digarap menerusi kemahiran teknik memberus yang menghasilkan alur yang memencar keluar dari tengah permukaan. Cahaya meresap secara konsisten di sepanjang setiap ukiran, mewujudkan sinaran halus yang unik yang terhasil bergantung pada kedudukan pergelangan tangan. Setelah kemasan sinaran cahaya matahari selesai, warna permukaan diterapkan menggunakan Pemendapan Wap Fizikal atau pengelektrosaduran. Lapisan varnis yang nipis memberikan penampilan akhir pada permukaan.

-Imported from https://www.thehourglass.com/wp-content/uploads/2016/12/Rolex-3255-Calibre.jpg

Bezel berjejalur

Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Day-Date 36 ini.

-Imported from https://www.thehourglass.com/wp-content/uploads/2016/12/Rolex-Parachrom-oscillator.jpg

Emas Everose 18 karat

Untuk memelihara keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan aloi emas merah jambu 18 karat yang dihasilkan di faundri sendiri: Emas Everose. Diperkenalkan pada tahun 2005, emas Everose 18 karat digunakan di semua model Rolex Oyster dalam emas merah jambu.

-Imported from http://www.thehourglass.com/wp-content/uploads/sites/15/2018/06/PP2.jpg

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini. Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan. The Hour Glass berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
rolex-model-availability
Hubungi Kami
-world-of-rolex-cover-lemans19js_1338_r-portrait
Hantar mesej
Sila masukkan mesej anda
Terima kasih kerana minat anda dalam jam tangan Rolex. Sila masukkan mesej anda dan kami akan membalas anda tidak lama lagi.
image
Rolex Day-Date
Pencapaian idaman
Ketahui Lebih Lanjut
rolex crown
arrowKembali ke atas