Bezel berjejalur
Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Day-Date 36 ini.
Permukaan perak
Kemasan sinaran cahaya matahari menghasilkan pantulan cahaya yang halus pada kebanyakan permukaan dalam koleksi Oyster Perpetual. Kemasan ini digarap menerusi kemahiran teknik memberus yang menghasilkan alur yang memencar keluar dari tengah permukaan. Cahaya meresap secara konsisten di sepanjang setiap ukiran, mewujudkan sinaran halus yang unik yang terhasil bergantung pada kedudukan pergelangan tangan. Setelah kemasan sinaran cahaya matahari selesai, warna permukaan diterapkan menggunakan Pemendapan Wap Fizikal atau pengelektrosaduran. Lapisan varnis yang nipis memberikan penampilan akhir pada permukaan.
Emas putih 18 karat
Dengan mengendalikan faundri eksklusif sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut perkadaran perak, tembaga, platinum atau paladium yang ditambahkan, pelbagai jenis emas 18 karat boleh diperolehi: kuning, merah jambu atau putih. Emas 18 karat ini diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih sebelum emas dihasilkan dan dibentuk dengan perhatian sama yang cermat dan teliti terhadap kualiti. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula daripada sumbernya.