




Permukaan hitam
Permukaan ialah wajah yang unik bagi jam tangan Rolex, iaitu ciri yang paling mencerminkan identiti dan kebolehbacaan. Ciri model Explorer iaitu angka 3, 6 dan 9 diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru yang tahan lama, seperti penanda dan jarum jam. Sepertimana kesemua jam tangan Rolex, permukaan Explorer 36 direka dan dihasilkan sendiri secara dalaman, kebanyakannya menggunakan tangan untuk memastikan kesempurnaan.


Bezel Halus
Oyster Perpetual Explorer 36 menerapkan semangat yang segar pada garisan polos lagi rapi yang telah lama menjadikan model ini ikonik. Bezel yang licin pada Oystersteel adalah kukuh lagi elegan, dan begitu serasi dengan warisan Explorer yang ikonik.


Oystersteel
Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting. Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.


Ketersediaan Model



