menu
rolexlogo
rolex-plague-logo
Menu
Rolex Explorer 36 in Rolesor Kuning - kombinasi Oystersteel dan emas kuning, M124273-0001 | The Hour Glass

Rolex
Explorer 36
Oyster, 36 mm, Oystersteel dan emas kuning
M124273-0001

Ketersediaan Model
rolex-Explorer-in-Rolesor Kuning - kombinasi Oystersteel dan emas kuning,-M124273-0001 | The Hour Glass
Rujukan
124273
bentuk model
Oyster, 36 mm, Oystersteel dan emas kuning
Kalis Air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
bezel
Licin
dail
Hitam
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
kaliber
3230, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)

Permukaan hitam

Permukaan ialah wajah yang unik bagi jam tangan Rolex, iaitu ciri yang paling mencerminkan identiti dan kebolehbacaan. Ciri model Explorer iaitu angka 3, 6 dan 9 diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru yang tahan lama, seperti penanda dan jarum jam. Sepertimana kesemua jam tangan Rolex, permukaan Explorer 36 direka dan dihasilkan sendiri secara dalaman, kebanyakannya menggunakan tangan untuk memastikan kesempurnaan.

-Imported from https://www.thehourglass.com/wp-content/uploads/2016/12/Rolex-3255-Calibre.jpg

Bezel Halus

Oyster Perpetual Explorer 36 menerapkan semangat yang segar pada garisan polos lagi rapi yang telah lama menjadikan model ini ikonik. Bezel halus dalam emas kuning adalah kukuh lagi elegan, dan begitu serasi dengan warisan Explorer yang ikonik.

-Imported from https://www.thehourglass.com/wp-content/uploads/2016/12/Rolex-Parachrom-oscillator.jpg

Rolesor kuning

Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini sebati secara harmoni dengan sifat terbaik masing-masing. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster.

-Imported from http://www.thehourglass.com/wp-content/uploads/sites/15/2018/06/PP2.jpg

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini. Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan. The Hour Glass berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
rolex-model-availability
Hubungi Kami
-world-of-rolex-cover-lemans19js_1338_r-portrait
Hantar mesej
Sila masukkan mesej anda
Terima kasih kerana minat anda dalam jam tangan Rolex. Sila masukkan mesej anda dan kami akan membalas anda tidak lama lagi.
image
Rolex Explorer
Pengembaraan terhebat
Ketahui Lebih Lanjut
rolex crown
arrowKembali ke atas