RolexSky-DwellerOyster, 42 mm, Oystersteel dan emas putihM336934-0001
Permukaan hijau pudina
Segi tiga merah terbalik yang tetap pada permukaan menunjuk ke masa rujukan yang dipilih – masa di rumah atau di tempat kerja biasa pengembara – di atas cakera 24 jam di luar pusat. Sekilas pandang, paparan 24 jam ini jelas membezakan jam waktu siang dengan jam waktu malam dalam zon masa yang lain. Permukaan itu kini mempunyai penanda jam indeks segi empat tepat dan jarum yang lebih panjang, serta paparan Chromalight dengan pendarkilau yang tahan lama untuk meningkatkan keterbacaan. Satu segi empat tepat yang dalam berwarna merah pada satu daripada 12 tetingkap di sekitar permukaan menunjukkan bulan semasa dan ini merupakan satu ciri kalendar tahunan Saros yang menyerlah. Mekanisme cerdas ini memudahkan kehidupan pemakai jam tangan yang tidak lagi perlu memikirkan untuk melakukan pelarasan tarikh pada hujung bulan 30 hari. Kalendar tahunan memaparkan tarikh yang betul sepanjang tahun. Hanya satu pelarasan diperlukan – pada 1 Mac (Februari hanya mempunyai 28 atau 29 hari). Tarikh disambungkan ke masa tempatan dan berubah secara automatik mengikut zon masa tempatan pengembara.
Bezel Berjejalur
Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur menjadi tanda perbezaan, lazimnya disaluti emas. Sky-Dweller dilengkapi dengan mekanisme interaksi antara bezel boleh putar, putaran jam dan gerakan: sistem Ring Command yang membolehkan pemakai memilih serta menetapkan fungsi jam tangan satu demi satu dengan mudah, cepat dan selamat.
Rolesor putih
Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini sebati secara harmoni dengan sifat terbaik masing-masing. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster.