RolexYacht-Master 37Oyster, 37 mm, Oystersteel dan emas EveroseM268621-0003
Bezel boleh putar dwiarah
Bezel boleh putar dwiarah bersenggat 60 minit Yacht-Master diperbuat sepenuhnya daripada logam berharga atau dipasang dengan sisipan Cerachrom dalam seramik berteknologi tinggi. Angka dan senggatan yang timbul dan digilap jelas menonjol dengan permukaan jam yang kusam dan berpasir. Bezel berfungsi ini – yang membolehkan pemakai mengira, sebagai contoh, masa pelayaran di antara dua boya – juga merupakan komponen penting dalam identiti visual khas model.
Permukaan coklat
Sepertimana jam tangan Profesional Rolex yang lain, Yacht-Master 37menawarkan keterbacaan luar biasa dalam semua keadaan terutamanya kegelapan disebabkan adanya paparan Chromalight. Jarum dan penanda jam yang lebar dalam bentuk yang ringkas – segi tiga, bulatan, segi empat tepat – diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya berpanjangan.
Rolesor Everose
Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini sebati secara harmoni dengan sifat terbaik masing-masing. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster.