menu
rolexlogo
rolex-plague-logo
Menu

Pertunjukan Lompat Kuda Grand Slam Rolex

Dianggap secara meluas sebagai cabaran terbesar dalam sukan ekuestrian, Pertunjukan Lompat Kuda Grand Slam Rolex memberi ganjaran kepada pelumba yang menang, berturut-turut, Grand Prix pada tiga daripada empat acara lompat Major – Masters Belanda di ’s-Hertogenbosch, Kejohanan ‘Masters’ CSIO Spruce Meadows di Calgary, CHIO Aachen dan CHI Geneva.


Diterbitkan pada 28, 2024

Sehingga kini, Scott Brash dari Scotland adalah satu-satunya pesaing yang mencapai kejayaan itu, setelah melakukannya pada tahun 2014 dan 2015.


Dirasmikan pada tahun 2013, Pertunjukan Lompat Kuda Grand Slam Rolex pada awalnya terdiri daripada: acara Utama di Aachen, Calgary dan Geneva. Pada tahun 2018, Masters Belanda menyertai Grand Slam ini, yang kini mempunyai dua pertandingan luar iaitu CHIO Aachen dan Kejohanan ‘Masters’ CSIO Spruce Meadows dan dua pertandingan dalam iaitu CHI Geneva dan Masters Belanda.

Perkongsian Rolex dalam ekuestrianisme berkembang maju di kemuncak sukan ini dengan pelumba dan acara bertaraf dunia serta di belakang tabir.

Masters Belanda

Pertama kali diadakan pada tahun 1967 di bandar zaman pertengahan 's-Hertogenbosch, Masters Belanda menarik pelumba terkemuka dunia. Menggabungkan pertunjukan lompat kuda dan dressage yang hebat, acara itu dianggap sebagai pertandingan ekuestrian dalaman utama Belanda. Rolex telah menjadi Penaja Utama dan Penaja Gelaran Grand Prix Masters Belanda sejak tahun 2014. Edisi 2024 berlangsung dari 7 hingga 10 Mac, dengan kemuncaknya Rolex Grand Prix pada hari Ahad iaitu acara Utama pertama tahun itu, yang dikira untuk Pertunjukan Lompat Kuda Grand Slam Rolex. Daniel Deusser (Testimoni) telah pun memenangi acara ini dua kali, pada tahun 2015 dan 2022.

Rolex Grand Slam of Show Jumping-rolex-grand-slam-of-show-jumping-the-dutch-masters-dm23tl_1109771-portrait

Pesta ekuestrian dunia CHIO Aachen

CHIO Aachen memiliki daya penarik kerana para pesaing dan penonton sama-sama berseronok dalam suasana yang gamat di arena Aachen Soers yang teragung. Daripada acara lompat, dressage dan eventing hingga ke pelana dan pemanduan empat kuda, bakat ekuestrian terbaik di dunia berkumpul pada permulaan musim panas hemisfera utara untuk memberi pengalaman unik kepada peminat. Aachen menjadi mercu tanda tradisi dan kecemerlangan di mana Rolex telah bekerjasama selama lebih daripada 20 tahun.

Rolex Grand Slam of Show Jumping-rolex-grand-slam-of-show-jumping-the-chio-aach23an_6602_r-aach22ps_0198-portrait

Kejohanan Masters CSIO Spruce Meadows

Diadakan di Calgary, Kanada, suasana acara Kejohanan Masters CSIO Spruce Meadows yang menakjubkan dipadankan dengan kemudahan yang luar biasa untuk kuda dan para penunggang terbaik dunia yang bersaing di sana. Rolex ialah Penaja Rasmi acara ini, yang dianggap oleh ramai peminat sebagai perhimpunan ekuestrian terkemuka di Amerika Utara, dan Penaja Persembahan Grand Prix 'Antarabangsa' CPKC, yang dikira untuk Pertunjukan Lompat Kuda Grand Slam Rolex.

Rolex Grand Slam of Show Jumping-rolex-grand-slam-of-show-jumping-csio-smm23tl_6343-portrait

CHI Geneva

Rolex telah menjadi Penaja Pembawaan CHI Geneva, salah satu pertandingan paling berprestij dalam dunia ekuestrian, selama lebih daripada 30 tahun. Acara ini menyatukan barisan pelumba elit handalan di arena ekuestrian dalam terbesar di dunia. Dikenali juga sebagai Pertunjukan Kuda Antarabangsa Geneva, acara ini mula dipertandingkan pada tahun 1926. Pada tahun 2019, ia telah dipilih untuk kali ke-10 dalam sejarahnya sebagai acara melompat dalam terbaik di dunia, dan untuk pertama kalinya, acara silang dalam terbaik di dunia oleh buku tahunan L'Année Hippique yang sangat dihormati, berdasarkan undian penunggang, wartawan dan personaliti dunia ekuestrian. Sorotan pertandingan termasuk Grand Prix Rolex dan Peringkat Akhir 10 Teratas Kelab Penunggang Lompat Antarabangsa (IJRC) Rolex.

Rolex Grand Slam of Show Jumping-rolex-grand-slam-of-show-jumping-chi-geneva-chg23tl_8081-landscape

Rolex dan ekuestrian Sebati menjadi satu

Membina kepercayaan, jangan sekali-kali leraikan ikatan erat antara penunggang dengan kuda mereka. Mengharungi segala halangan mendatang, menunggang dengan tepat dan menyasarkan kecemerlangan, bersama-sama sebagai satu. Semangat sukan ini telah menjalinkan hubungan yang kuat antara Rolex dengan ekuestrian. Menerusi kerjasama dalam pertandingan paling berprestij, Rolex menyokong penunggang yang melakar sejarah dalam disiplin ini.

Rolex Grand Slam of Show Jumping-rolex-grand-slam-of-show-jumping-equestrianism-chg23an_8122-portrait
image
Rolex Datejust
Tarikh yang terpahat
Ketahui lebih lanjut
rolex crown
arrowKembali ke atas