

Rolex GMT-Master II Keserasian sempurna
Rolex buat pertama kalinya memperkenalkan permukaan seramik pada versi emas putih 18 karat bagi Oyster Perpetual GMT-Master II. Permukaan Cerachrom ini berpadu sempurna dengan bahagian siang pada sisipan bezel hijau dan hitam menggunakan bahan yang sama dengan rona hijau yang seragam serta kilauan yang sepadan.
Rolex memperkenalkan permukaan pertama yang dihasilkan daripada seramik berteknologi tinggi.
Komponen Cercahrom hijau yang julung kali diperkenalkan ini menghiasi Oyster Perpetual GMT-Master II dengan putaran jam pusingan di sebelah kiri penutup dan jendela tarikh pada kedudukan jam 9, yang turut didapati dalam emas putih 18 karat pada tahun ini.
Permukaan Cerachrom baharu ini dicipta dengan cara yang sama seperti permukaan permata asli dengan memasang cakera bahan pada plat loyang dan memaparkan rona hijau yang serupa dengan bahagian bawah sisipan bezel Cerachrom dua warna hijau dan hitam yang menghiasi muka jam.
Versi baharu GMT-Master II ini dipadankan dengan rantai Oyster yang dilengkapi pengancing keselamatan Oysterlock.
GMT-Master II dilengkapi dengan kaliber 3285, satu gerakan yang menerajui teknologi pembuatan jam tangan yang memaparkan jam, minit, saat dan tarikh, serta satu zon waktu tambahan dalam format 24 jam.


Satu alat, beberapa zon waktu
Direka sebagai sebuah bantuan navigasi untuk golongan profesional yang menjelajah dunia, GMT-Master menjadi jam tangan pilihan para pengembara. Jam tangan ini mempunyai reka bentuk yang unik dan dapat dikenali serta-merta dengan bezel boleh putar dwiarah dan sisipan bersenggat 24 jam yang tersedia dalam versi satu warna warna dan pelbagai gabungan dua warna – bahagian bawah melambangkan waktu siang dan bahagian atas menandakan waktu malam . GMT-Master, ‘jam tangan alatan’ sebenar, sentiasa berkembang untuk menawarkan prestasi teknikal yang semakin meningkat. Pada 1982, Rolex memperkenalkan GMT-Master II dengan gerakan yang membenarkan jarum jam ditetapkan secara berasingan daripada jarum lain.
Dengan jarum jam, minit dan saat tradisional, satu jarum 24 jam dengan hujung segi tiga dan satu bezel boleh putar dwiarah dengan sisipan Cerachrom bersenggat 24 jam, GMT-Master II boleh memaparkan masa dalam dua zon waktu secara serentak.


Seramik berteknologi tinggi
Rolex menerajui inovasi dalam penghasilan seramik khas untuk mencipta elemen tertentu pada penutup jam tangan. Bahan-bahan ini bukan sahaja tahan calar, malah warnanya mempunyai keamatan yang jarang dilihat dan tahan terhadap kesan persekitaran. Selain itu, kerana komposisi kimia, seramik berteknologi tinggi ini bersifat lengai dan tidak terkakis. Rolex telah membangunkan kepakaran eksklusif dan kaedah pembuatan inovatif yang membenarkan mereka menghasilkan sendiri komponen seramik sepenuhnya.
Pada versi baharu GMT-Master II, bezel boleh putar dwiarah dilengkapi dengan satu sisipan Cerachrom dwiwarna yang bersenggat 24 jam dalam seramik hijau dan hitam. Senggatan dan angka yang dibentuk dan berlekuk disaluti dengan platinum melalui PVD (Pemendapan Wap Fizikal). Hujung bezel yang berjejalur memberikan cengkaman yang baik dan dapat dikendalikan dengan mudah.


Penutup Oyster, simbol kekalisan air
Berteraskan kekukuhan dan kebolehpercayaan yang unggul, penutup Oyster 40 mm GMT-Master II dijamin kalis air hingga kedalaman 100 meter (330 kaki). Penutup tengah bagi versi yang dipaparkan dicipta daripada blok padu emas putih 18 karat. Belitan putaran jam Triplock, dilengkapi dengan sistem kalis air ganda tiga dan dilindungi oleh pelindung putaran jam, diskrukan kepada penutup dengan ketat. Kristal nilam yang tahan calar ini dilengkapi dengan kanta Siklops untuk memudahkan pembacaan tarikh serta memiliki antireflektif bagi meningkatkan keterbacaan. Penutup Oyster yang kalis air memberikan perlindungan yang optimum kepada gerakan jam tangan.




Kaliber 3285
GMT-Master II digerakkan oleh kaliber 3285, iaitu gerakan yang dibangunkan dan dikeluarkan sepenuhnya oleh Rolex. Gerakan mekanikal automatik ini merupakan teknologi rapi yang mempamerkan prestasi cemerlang dari segi ketepatan, rizab kuasa, kemudahan dan kebolehpercayaan.
Kaliber 3285 mengandungi pelepas Chronergy yang telah dipatenkan, yang menggabungkan kecekapan tenaga yang tinggi dan kebolehpercayaan yang hebat. Diperbuat daripada nikel-fosforus, pelepas ini juga tahan terhadap medan magnet yang kuat. Mekanisme ini dipasang dengan pegas rambut Parachrom biru yang dikeluarkan oleh Rolex dalam aloi paramagnet.
Kaliber 3285 dilengkapi dengan sistem putaran automatik melalui rotor Perpetual. Lantaran seni bina barel dan kecekapan pelepas yang tinggi, rizab kuasa gerakan ini mampu bertahan hingga kira-kira 70 jam .


Rantai Oyster dan pengancing keselamatan Oysterlock
GMT-Master II dalam emas putih 18 karat dengan permukaan Cerachrom hijau yang dipadankan dengan sisipan bezel Cerachrom hijau dan dilengkapi dengan rantai Oyster.
Rantai Oyster pada GMT-Master II dilengkapi dengan pengancing keselamatan Oysterclasp lipat yang menghalang daripada terbuka. Rantai ini turut menampilkan pautan sambungan keselesaan Easylink yang dibangunkan oleh Rolex agar pemakai boleh menyesuaikan panjang rantai dengan mudah sekitar 5 mm. Versi yang dipersembahkan mengandungi sisipan seramik berpaten yang direka oleh Rolex di dalam pautan bagi meningkatkan fleksibiliti pada pergelangan tangan serta ketahanan.




Pensijilan Kronometer Superlatif
Sama seperti semua jam tangan Rolex, Oyster Perpetual GMT-Master II dilindungi oleh pensijilan Kronometer Superlatif yang ditakrifkan semula oleh Rolex pada tahun 2015. Perakuan ini mengesahkan bahawa setiap jam tangan yang meninggalkan tapak jenama ini telah berjaya menjalani satu siri ujian oleh Rolex yang dilakukan dalam makmal mereka berdasarkan kriteria mereka sendiri, berikutan perakuan rasmi gerakan oleh Institut Pengujian Kronometer Rasmi Swiss (COSC). Ujian-ujian pensijilan secara dalaman ini dikenakan kepada jam tangan yang dipasang sepenuhnya, selepas memasang gerakan bagi menjamin prestasi superlatif pada pergelangan tangan dari segi ketepatan, rizab kuasa, kalis air dan sistem putaran automatik. Ketepatan Kronometer Superlatif Rolex adalah urutan −2/+2 saat sehari – penyimpangan kadar yang ditoleransi oleh jenama untuk jam tangan yang telah siap jauh lebih kecil daripada yang diterima oleh COSC untuk perakuan rasmi gerakan itu sahaja.
Status Kronometer Superlatif dilambangkan oleh meterai hijau yang disertakan dengan setiap jam tangan Rolex dan berserta jaminan antarabangsa selama lima tahun.